THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 3, 2009

pusing2 time square n CM...


ni masako kat bilik mak.... mak ak hadiahkan kat die baju kurung n seutas gelang sarawak utk die.... sebagai kenangan... kuit tak dak jepun pakai baju kurung...

ni adik2 ak... ngah makan kat Mc'D... tunang abang ak yg belanja... sebab die yg bawak kami g time square ni.. heheh... pic ak tak de p0n psl ak jg jurukamera lak utk dorang nie...



yg depan sekali tu la tunang abg ak... ni time kami tunggu adik ak... die ngah main mainan kat dlm tempat mainan kat time square tu.... ak tak tau aa name die... tapi nak masok kene byr auw...



peace.... pis ni ak yg amik... ak soh dorang pandang belakang... pastu ak terus snap gambar... peh leh tahan kan ak amik pic.... lalalalalalaala....



ni lak pic kat tepi ke depan ke ntah aa... tp yg pasti dekat ngan CM... pasar seni...




ni p0n same gak.... masako ni tak beli ape p0n kat CM nie... 2 3 brang jew.w... adik ak lak yg beli lebih2... ak ade hadiahkan kat die... kipas batik ngan poster Msia... sebagai tanda ingatan...
hope kami akan jumpe lg pasni... insyaallah tahun depan bulan 6 abg sulung ak nk kawin....
masako ni nk datang umh ak lg time dorang kawin... dh siap ckp kat tunang abg ak lg... tu aa klu ade peluang kami akan berjumpe lg...






masako di rumah,,,,,


ni lak pic adik ak, masako ngan kwn syikin.... bwk g round2 kat skool... time ni adik ak ckp si masako ni cm blur...

ni lak pic masako dlm bilik ak... kucing ak lak cm biase dok kat tingkap... tinggal nk terjun jew...
masako ni suke gak ngan kucing... ak ajar die sebut name kucing ak si mememok... ko nk tau ape yg die sebut?
memmomoook... ntah aa tp klu korang dengar die ckp mesti nk gelka guling2...

tengok tu dorang sesame pandang kamera... pandai nyerrrr..... miauw... masako kate die suke kucing tp ak tengok die tak sentuh p0n?
die takut kucing ak ni jatuh kot... ye aa mememok dok kat tingkap....


MuZiUm KoTa NgaH IBraHiM....


ni lak muzium Kota Ngah Ibrahim.... peh uols tau tak cek ni anak jati perak auw... born kat perak... bangga beb... ak dah berape kali dh pegi sini... heheheh



ni lak gambar laman kota Ngah Ibrahim... sebenarnye klu ikut gambar ni dpn papan tanda tu ade makam Ngah Ibrahim.... kat area kg ak gak ade makam Dato' Sagor... pahlawan yg turut berjuang ngan Dato' Maharajalela... peh banyak peristiwa bersejarah kat kg ak nie... hebat tak???????....


adik ak yg pakai baju biru.... yg lelain sume adik seadara aku jeww... n i gambar kat dlm mUzium tu... pe seram gak klu sorang2 masok... coz banyak patung2... nenek ak citer penah gak ade guards nmpak hantu, suara2 pelik n mcm2 lg... biase aa tu dh kate tempat bersejarah...


ni gambar baju perisai tentera... peh ak tak tau baju sape... x silap ak Dato' Ngah Ibrahim nyerr baju perisai... tu sbb dorang pampang kan kat dpn sekali....


welcome to M'sia Masako....

ni pic atuk n nenek ak with syikin and masako...
masako ni dak jepun... die kwn adik ak syikin... time darjah 5 adik ak dpt g jepun... (pertukaran pelajar)... masako ni la yg budak U yg incharge dak2 m'sia time kat jepun... bulan 2 lepas die datang umh ak.... saje nk jln... sbb die baru abis degree... sebelom cari keje.... die nk g jln2 dulu... cm tu la cito nyor....
nk dipendekkan citer... mak n ayah ak p0n bwk la masako ni jln2 blk kg... nk bg die rase suasana kt kg... bukan kg je mcm2 tempat kami g... tengok aa kat bawah....


ni kat kg ak... sungai ape ntah name die... rasenyerrr sungai jebong... sungai ni sealir ngan sungai perak auw... teman bangga jd org perak... wah....!!!!


ni time bwk die nk naik bot.... die ni relaks jeww... x wt muka pelik pon sampai kg... (ak yg pelik tengok die).... ramai gak la org kat sane pelik tengok die... abg ak ckp siap ade yg gorat die lg... lalalalaalala.....

ni ha die ade dlm bot sekali ngan adik ak syikin n adik sedara ak.... die cool jeww beb...



peace..... Jp g ak masokkan lg pic2 kami sekeluarge ngan dak masako nie...


Thursday, August 27, 2009

3 column blog template.... arghhhhh!!

tolong ak... ak ni ha sebenarnyer dlm dilema... rase cm nk tukar blog templates ak nie... ak ske kalau ade 3 column... tapi masalahnyerrr ak sayang gilerr kat template ak yg dok ada skunk ni... hish konpius aaa.... wana, tiara... n kengkwn tolong ak doh... dh 2 minggu ak dok pikir bende yg same jew... palo den dh pusing dh nie... cm ne p0n ak still syng template ak skunk ni.... tp ak nk 3 column.... arghhhh

SUMPAH WA JAHIT SENDIRI.....




hari ni ak nak citer psl baju kurung yg dijahit sendiri oleh sy... heheh.. setakat ni sy dh siapkan 5 pasang baju kurung... 2 sy punye, 1 alya nyer, 1 syikin nyer n last m0m sy nyerrr... k aa sy cume ade pic baju syikin saje... polka dot coraknyerrr... tengok aa n bagi la komen....

Hikmah Lailatul Qadar... renungilah insan...

SURAH AL-QADR


LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan.

Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu.

Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir.

Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam.

Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.

Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


p/s: semoga umat islam mencari malam tersebut...