THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 27, 2009

3 column blog template.... arghhhhh!!

tolong ak... ak ni ha sebenarnyer dlm dilema... rase cm nk tukar blog templates ak nie... ak ske kalau ade 3 column... tapi masalahnyerrr ak sayang gilerr kat template ak yg dok ada skunk ni... hish konpius aaa.... wana, tiara... n kengkwn tolong ak doh... dh 2 minggu ak dok pikir bende yg same jew... palo den dh pusing dh nie... cm ne p0n ak still syng template ak skunk ni.... tp ak nk 3 column.... arghhhh

SUMPAH WA JAHIT SENDIRI.....




hari ni ak nak citer psl baju kurung yg dijahit sendiri oleh sy... heheh.. setakat ni sy dh siapkan 5 pasang baju kurung... 2 sy punye, 1 alya nyer, 1 syikin nyer n last m0m sy nyerrr... k aa sy cume ade pic baju syikin saje... polka dot coraknyerrr... tengok aa n bagi la komen....

Hikmah Lailatul Qadar... renungilah insan...

SURAH AL-QADR


LAILATUL Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan.

Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu.

Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir.

Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam.

Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.

Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


p/s: semoga umat islam mencari malam tersebut...

Monday, August 24, 2009

berbuka di surau kuarters guru...

mlm tadi kami sekeluarge berbuka kat surau kuarters... dorang sembelih kambing sekor... peh... ak dh aa mmg kompem ske mkn... heheh.. well... sume ak mkn tolak batu n kayu jew abg ak ckp...( yg haram tak mkn OK)... hehehe... kat bwh ni pic ak,mak, syikin n alya... peh sedap wei mkn kari kambing... peh lapar la plak baru kol 3 nie... hish tak leh jd nie...
kuarters ni kate jew ramai cikgu, tp yg turun berape kerat jew p0n... hmm begitulah dunia2...
ni pic syikin ngan m0m... mak ak sumbangkan kuih seri muka jew... time ngah hari kami dh nampak dorang wt keje, kami sebenarnyerr nak turun tolong tapi tak de p0mpuan langsung... lelaki jew ramai...ingat saje jew nak meriahkan suasana tp tak jd... segan aa plak...
me with alya... kami wt muke selambe bedal 2 mangkuk kambing... tapi kongsi 2org tau...
cm biase memula segan2 pas jew azan... amik kau... serbu makanan...

ni plak cik ani... yg pakai tudung merah tu... die ni rajin g solat... terawih sentiase ade... klu sehari kami tak g terawih die mesti tanya... g mane semlm? hehehe... kami mmg rapat dr first terawih ktorg taun 2005 rasenyerr kami solat sesame... yg sebelah tu plak kwn adik ak amaalina razani... dak ni mmg tak segan 2 kali tambah nasi... ak sekurang-kurangnyerr tak aa tambah nasi do...

p/s tu aa kenangan kan? bende cm ni mungkin tak berulang lg taun dpn... kami mungkin berpindah....

Sambutan hari lahir ku yg ke 19 n abg syafiq yg ke 22...

salam... hari ni ak nak citer pasal bday ak... sorry aa tak banyak pic aa, gambar kami p0mpuan tak pakai tudung, tak baik aa taruk pic cam tu... (alim la plak).... hari yg ditunggu bersamaan 1 syawal 22 ogos, genap 22 tahun umur abg ak... ak sanggup postpone kan smbut bday ak sbb nak sambut sekali ngan die... heheh... baik betul ak ni kan... lalalala...

kami sekuarge berkumpul kat umh...mmg riuh rendah... maklumlah adik beradik 6 org la katakan... jarang tau kami dpt berkumpul sekali... sbb kdng2 abg wan blk, abg shafiq tak plak, begitulah sebaliknya.... best sngt2 bile kuarge dapat berkumpul sesame kan? k aa kat bwh ni pic yg bole dikongsi utk tatapan kalian...


ni la kek bday kami... CHOCOLATE INDULGENCE... made from secret receipe... gambar kabur aa... adik ak tak pandai amik gambar.... kami sekeluarge mmg ske gler ngan choc... tapi klu amik full choc tak sdp sngt... cm muak....

hahaha... nak dekat rm200 gak la, duit mak ak abis g beli sume ni... kek, pizza n KFC.. aih dlm pic ni tak de lak KFC... ooo tak leh tarul aa pic tu, ade gambar adik ak tak pakai tudung...

korang nak tau tak... patutnya sambut bday ak kan? tapi ak yg kene usung bende ni, siap kene ribakan lg time dok dlm kete... hehe... nak wt cm ne, ak nyer bday... dorang yg lain riba KFC ngan Pizza lak... haha... panas do ribe dorang... ye aa bende tu kan baru masak, lain la kek,...
kan2?... k aa tu jew wt mase nie.... saya sayang family saya... muahahaha...

Friday, August 21, 2009

BALIKKKKK...

HAHAHA... AK NK BLK UMH... BOSAN DO... ORANG DEPARTMENT AK RAMAI YF TAK DE... TINGGAL AK DSORANG JEW WT MASE SKUNK... YG LAIN ADE HAL KAT LUAR, PAS REHAT BARU MASOK KEJE BLK... HEHEHE.... KEJE AK DH SIAP N SKUNK MASE UNTUK BLK... G SHOPPING NGAN ALYA... EEE BESTNYERRRR.... BYE JUMPE MINGGU DEPAN...

my lovely and strongly mom...




salam... hari ni ak amik half day beb... ak nak g jln2 kat seremban ngan alya.. saje je nak shopping duit ptptn... ingat nak cari enset sekali aa... nak tau tak?


pagi ni mak ak masak kan laksa utk 30 org auw... mlm td mak ak lupe nak tutup api kuah laksa, sampai pg... amik kau hangit beb... rosak kuah laksa mak ak... sian mak ak... mesti die rase ralat sangat...


nak masak kan yg lain tak leh dh... dh pose... mak ak mesti tk puas hati, nnti die akan masak blk selalunya... tapi dh tak sempat pg td... hmm.. sian do... mlm td ak tengok gak kuah laksa kat atas dapur, tapi ak tak nampak p0n ade api time tu, sbb mak ak gne periuk yg kembang, so ak tak pasan sngt p0n, adik ak p0n tak pasan... pastu mak ak outer kuah tu, tp still tak sedap gak... sian do mak den....



td ak call mak ak kat ofis, die ckp kat org yg nak laksa tu, sowi aa, kak nah lupe tutup api, pastu hangit... ak tau dorang tak berani nak masam muka or buat muka psl laksa tu, sbb my mom garang... tapi ak tau mak ak rase serba salah sngt2.... die nak wt lain pg tadi, tapi tak bleh coz datuk adekat ofis arini hmmm..


mak ak rajin auw, arini die gak masak lauk ngah ari ( masak lemak ayam cili api n sambal udang petai...) ak mmg respect kat mak ak... die bangun pg kol 5, g keje kol7, sempat lg masak mcm2... sok mak ak nak ajak saudara2 lak dtng berbuka, sekali nak sambut bday ak ngan abg ak, sok bday die, ak nyerr dah lepas tp tak smbut lg, sbb ak nk sambut ngan abg2 ak sekali, baru syok.... heheh....


Thursday, August 20, 2009

MY PRINCE OF TENIS....



hmm hari ni lak ak nak citer pasal pemain tenis pujaan hati ak.... sape lagi kalau bukan Roger Federer... pemegang rekod Grand Slam terbanyak iaitu 15 rekod dan pemain no 1 dunia... hahaha... ak mmg minat gler tengok roger federer ni main... gle smart n gentlemen cara die pukul bola... jarang nampak die mrh/ muka tension time main tenis... x cm nadal muka tak bleh bla... heheh...

bulan febuary 2009... australian open.. fed kalah dgn nadal... game dorang 5 set perlawanan lebih kurang 4 jam lebih... tapi hanya nasib menyebelahi nadal, pas die menang tie break... tension ak time tengok kat astro... ikut hati nak baling tv kat bwh ( mamp0s ak kene baling ngan mak n ayah ak der balkooni... heheh) sedih oo time tu die nangis, sebab sebelum tu kat wimbledon p0n die kalah ngan nadal 5 set gak game die, cm palat... nadal selalu plak menang nasib... rekod federer 5 tahun berturut-turut juara lebur....


tpi... tpi..tahun 2009 die rampas blk title tu... kalahkan Andy Roddick from US... muahahaha... dan tahun ni gak die rampas title nadal sebagai 4 kali berturut-turut juara France Open... rekod nadal kat tanah liat hancuss, musnah,,, heheh... gembira gle ak... rekod Grand Slam Federer skunk 15 memecahkan rekod Pete Sampras (14 rekod)... federer you are my truly hero... wah gatal...



korang nak tau tak... time die kalah kat australian 0pen die nangis auw... nth kenape ak p0n nangis, gle touching... huh emo tau fed ni... tp die gak gentlemen n tak ego... die nangis sbb tak dpt kawal perasaan... hmm ape2 p0n you're the best player that everbody will remembered until the end of the world.... jiwang lak... ak cm ikut touching beb, sbb ak minat gler2 kat fed...

Roger you are a fantastic player...You are always a winner...what a grace to the tennis sport is to have a gentleman and a great champion like you... go roger.. aja aja...


Wednesday, August 19, 2009

my beloved friend... ayu sleeping...

winduww nyerrr time bukak p0se kat asrama dulu... time tu ak sem 1... ak ade prob skit time tu, tapi alhamdulillah ak terima seadanya... walau p0n bile pikir blk mmg cm palat... ak mmg seorang yg panas baran, sampai tangan main naik jew lempang org... tp pas abis spm ak dh janji ngan diri ak yg ak perlu berubah, nanti sume org takut ngan ak bukan hormat, contohnyerr time ak jd ketua unit disiplin kat sek... mmg hari2 ade dak kene mrh ngan ak... tiap pg perhimpunan sume pompuan ak wt sportcheck...

di sini ak nak ucapkan amat2 terima kasih kepada kwn terbaik ak mase sem 1.. nor hidayu... ak panggil die ni ayu jew... gle miss2 kat die... die selau bg nasihat bergune kat ak... die gak yg selalu tolong ak ble ak ade prob n die gak yg selalu teman ak ke sana sini... ayu ni satu aras ngan ak kat blok L... sumpah ak ckp ak akan ingat ayu sampai ak mati.... skunk die dpt spa diploma jururawat kat area rumah die (terengganu).. start sem 2 die dh tak masok poli... winduww kat die... dulu hari2 kami sembang, makan n minum sesame... thanks gegile kat die... kami tak pernah bergaduh, sumpah wa ckp lu..

mule2 ak jumpe die ak tak berkenan skit nampak die cm manja... mule1 sampai poli die asyik nangis jew, kate die teringat kat mak die... hmm time tu ak cop dk ni ngada2... pas dh lelama ak tau die anak dua beradik jew, abg die baru pas stpm n skunk kat usm sabah... sume jauh2... bpk die plak sakit stroke rasenyerr... cm2 masalah... tu yg die asyik pikir psl kuarge die jew... mak die kene keje... dorang 2 beradik study... tu aa kita jangan cepat menilai org... pas kenal 2/3 bulan baru kt tau perangai seseorg tu... harap our relationship kekal selame-lamenyerrr... sayang ayue.... miss you so much...

pagi yg happening...



Chelsea terus melebarkan rekod bersih di bawah bimbingan pengurus baru, Carlo Ancelotti apabila membenamkan Sunderland 3-1, awal pagi tadi...



yeyeye... chelsea menang lagi... pg td dorang lawan ngan sunderland... ni perlawanan EPL kedua dorang dlm minggu nie... chelsea tersentap dengan gol pertama oleh pemain sunderland Darren Bent, di mana mereka mendahului 1:0... pemain midfielder chelsea yg juga merupakan kapten Jerman menyamakan kedudukan 1:1 dan gol seterusnya disumbangkan oleh frank Lampard dan Deco....


huahua... The Blues forever....
p/s : kepada kelab2 epl yg lain... jaga2 chelsea skunk makin menganas...

Tuesday, August 18, 2009


Manusia Terkaya Di Dunia – Bill Gate?Tahukah Lu semua??

Nilai kekayaan terkini US$56 Bil (RM196 Bil)


1. Bill Gate memperolehi pendapatan sebanyakUS$250 (RM875) setiap SAAT, Ini bermakna US$20 Million (RM70 Juta) dalam SEHARI dan US$7.8 Billion (RM27.3 Bilion) dalam SETAHUN!


2. Sekiranya US$1,000 tercicir dari poketnya, itu bukannya masalah besar bagi dia. Jumlah sebanyak itu akan diperolehi kembali dalam masa 4 saat sahaja.


3. Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gate sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.


4. Sekiranya dia memberikan US$15 (RM52.50) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM17.5 Juta) dalam simpanannya.


5. Michael Jordan iaitu seorang pemain bolakeranjang yang merupakan atlit yg bergaji paling tinggi sekali di US. Sekiranya dia tidak makan mahupun minum dan tidak menggunakan hasil pendapatannya katakan US$30 Million, dia terpaksa menunggu selama 277 tahun utk berada di kedudukan Bill Gate sekarang.


6. Seandainya kita umpamakan Bill Gates sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.


7. Katakanlah Bill Gate menukarkan kesemua wangnya menjadi US$1 dan menyusunkan wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali. Perjalanan itu juga merupakan perjalanan tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.


8. Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM23.73 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya sebelum dia meninggal dunia.


Last but not the least : Ini yang paling aku suka sekali……..!!!*Sekiranya kita (pengguna) Microsoft Window boleh menuntut pampasan dengan menyaman sebanyak US$1 untuk setiap kali komputer kita “hang” disebabkan oleh kesilapan Microsoft Window, Bill Gates pasti akan bankrupsi dalam masa 3 tahun sahaja!!!*



ps: bila agaknya kita dapat menyaksikan seorang anak melayu berada dikedudukan

sebegini!!!...Berikan komen anda....


bile aa ak nak jd kaye cm bill gates... tak mungkin kot, alamatnye dlm mimpi yo la.. heheh


Monday, August 17, 2009

KECEWA, TERKILAN DAN GEMBIRA semua dlm satu....


kecewa dengan pencapaian pemain badminton Malaysia.... kecewa sangat2... terutama perseorangan Malaysia... Datuk Lee Chong Wei, prestasi permainan mase lawan ngan Soni Dwi Koncoro dari Indonesia hambar dan tidak bermaya... walaup0n main rubber game... chong wei seperti hilang arah, mane kata2 chong wei sebel0m kejohanan dunia bermula... nak jumpe LIn Dan? tapi awal2 dh kalah, saya sedih sangat, saya mmg harap chong wei wt yg terbaik, just pikir tentang negara, bukan kecut nak jumpe Lin Dan, saya merupakan peminat LCW, tapi perlawanan jumaat lepas membuatkan saya hilang sesuatu yg sy ske psl LCW... boleh kate kecewa melampau, bukan tak boleh menang, set 2 LCW die kalah kan Sony 21:12, tu membuktikan yg die mampu utk menang, yg tinggal cume semangat saja... harap chong wei terus bersemangat... sy akan terus sokong LCW...





sedikit terkilan pula dengan 2 pasangan pemain beregu malaysia, KKK n TBH serta fairuz n zakry... mereka cume kalah tipis, sedih sangat, saya dan adik saya minat gile dgn sukan badminton, dan kami paling minat menonton perlawanan beregu lelaki, kerana aksi mereka rancak dan penuh dengan pukulan smash serta helah pemain... saya harap mereka akan terus berusaha lagi, ketahanan dan kekentalan minda di perlukan buat pemain negara... keep it real...




gembira pula dengan pasukan EPL kesayangan saya iaitu CHELSEA... The Blues telah membuka kempen EPL dengan kemenangan 2:1 ke atas Hull City. Kedua-dua gol dijaringkan oleh penyerang berbisa chelsea iaitu Didier Drogba. saya gembira sangat2.... CHELSEA CHELSEA..


Thursday, August 13, 2009

bday yang mengecewakan....!!


sedih aa... hari ni bday ak... tak de p0nn kwn2 yg wish... fahana jew, coz die ade no hp mak ak... enset ak ilang, together ngan 2 sim card kesayangan ak, cis palat tol la sape yg curik enset ak tadi... benci3 tahap gaban... no maxis n celcom lak tu...! sedih oo... klu tak tentu ak dh dpt banyak wish bday ari nie.... aaaaaaaaaaaaaaaaaa sial la...!!!!!!!! kwn2 ak mesti heran nape tak pat contact ak!!! to najiha, sarah, jiha, ika n lain2, maaf korang tak dapat contact ak wt mase ni.... nanti ak wat sim card baru auw.... ruginyerr dh aa patutnye ak dpt free call seminggu n sms... cam sial....!! ape2 p0n mak ak org pertama ucapkan selamat hari jadi... terima kasih mak.... terima kasih atas semua yg telah emak berikan....


hari ni lagi satu hal, ak tersain cek elaun bulan 7 ak... hishh cuai tol la ak ni... tak pe aa cek tu convert terus ke bulan depan heehee, dapat rm350 hahaha.... klu tak setiap bulan dpt rm300... hari ni bday yg paling x best.... kecewe aa...


sabtu ni mak ak nak wak g makan kat alamanda, seperti biase tu la tempat yg kami sekuarge selalu pergi pas pindah kajang... dah 5 tahun ak dok ulang alik kat alamanda tu... hehe k aa... hrp2 hari pas ni indah tak seperti sebelumnya.... salam

Tuesday, August 11, 2009

POSE PENAT!!! eheheh




salam... hushh penat aa... semlm ak pose, pastu kene jaga kaunter lak, asyik2 panggilan tepon jew... hisshh hari ni terus sakit tekak auw... hiss geramnyerrr.... tapi hari ni ak still pose lagi... ak ade lagi lima hari beb kene pose... tu aa dulu malas nak puase ganti.. hehehe... ak baru pas antar cek kat receiptionist kat ground floor, penat beb... sebelum tu ak wat purchase order (PO) hushh susah gak... bende ni kite kene print gne printer dot matrix... pelik kan bunyik die? first time ak dengar name printer ni, ak terus teringat kat keanu reeves yg berlakon citer matrix tu... hua hua2... best aa pengalaman hari ni... k aa ade keje aa...



Monday, August 10, 2009

chelsea menang...

Ye ye... chelsea menang... yang best tu micheal ballack n lampard p0n ade jaringkan gol.... bapak gempak... best nyerrr.... malam tadi ak tak tengok aa... ak tengok citer korea lak... heehe... ye ye chelsea menang... penalti 4 : 1 fuyooo tak sangka abis aa kelab yg lain... ak ni peminat kipas susah mati chelsea

minggu ketiga hari isnin....

salam, hari ni ak terlupe lak nak bawak bukuk laporan harian LI cis... belom tau ak dh nyanyok... hari ni ak kene jd receiptionist for the whole day... gantikan kak hajar yang cuti... bpk bosan asyik kene angkat tepon jew... tapi tak pe... best gak... kalau dok kat admin ngantuk... kat sini tak leh ngantuk beb... tak putus panggilan tepon... mcm2 ragam dorang nie... ade yang salah nombor , ade yg degil, ade yg tak paham bahasa dan ade plak yg kurang ajar... hmmm tu aa... mak ak dh ckp klu nak keje senang, belajar pandai2... heeheeh... ak bukan setakat angkat tepon jew, kene layan org yg datang dengan baik auw... huh, penat ak senyum... tapi ak masih plastik, dpn jew senyum... blkang kutuk... heheh... k aa ade org datang lak... hih nak lunch our p0n ramai yg datang... sabar